Komanwel England
Komanwel England

Komanwel England

Komanwel England merujuk kepada kerajaan republik yang memerintah England dan Wales, serta kemudiannya Ireland dan Scotland bermula pada tahun 1649 sehingga 1660. Beberapa pihak memanggil kerajaan ini sebagai kerajaan republik "dimahkotakan". Selepas Perang Saudara England dan pembunuhan Raja Charles I, kewujudkannya pada asalnya diistiharkan dalam satu akta mengistiharkan England sebagai sebuah Komanwel oleh Parlimen Rump pada 19 Mei, 1649. Kuasa eksekutif telah diberikan kepada Majlis Negara. Kerajaan yang bermula pada tahun 1653 sehingga 1659 dikenali sebagai Protektorat, dan diperintah secara terus oleh Oliver Cromwell dan, selepas kematian beliau oleh anak lelakinya Richard, sebagai Lord Protector. Istilah Komanwel, bagaimanapun jarang digunakan bagi menghuraikan sistem kerajaan semasa tempoh antara tahun 1649 sehingga 1660, apabila England adalah sebuah negara republik de facto dan de jure yang dipertikaikan (atau, beraja, di bawah Tempoh Peralihan). Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Negara-negara Komanwel (penganti kepada Komanwel Britain pada tahun 1949).